Kesan Buruk Memakai Fake Braces

Zaman sekarang ini, terdapat banyak produk palsu yang dikatakan boleh menambahkan kecantikan seseorang. Namun agak bahaya jika ianya mendatangkan kesan buruk. Salah satu alat palsu tersebut ialah fake braces.

Fake braces ini dikatakan mampu membuatkan penampilan seseorang menjadi lebih nerd. Namun tidak berfungsi seperti braces sebenar. Tapi ada juga fake braces yang berfungsi braces sebenar yang mana akan menyusun gigi menjadi cantik. Harganya pula jauh lebih murah berbanding rawatan braces yang sebenar di klinik pergigian yang diiktiraf.

Dikatakan harganya lebih murah kerana terdapat penjimatan dari segi fasiliti(yang tidak sempurna), tiada khidmat doktor gigi berpengalaman dan lain-lain lagi. Pemasangan pula dilakukan oleh penjual itu sendiri mengikut manual yang diberikan.

Bahagian Kesihatan Pergigian KKM melaui facebook mereka telah berkongsi satu gambar yang agak mengerikan hasil pemakaian fake braces dari ‘doktor’ gigi yang tidak diiktiraf.

Kesan Buruk Fake Braces

 

bahay pakai fake braces

Bayangkan si ‘doktor’ palsu ini memasang fake braces tersebut dengan alat yang tidak diketahui kebersihannya (tidak di steril) dan tidak pula berpengalaman dalam mengendalikan pesakit gigi. Sedangkan doktor gigi bertauliah pun memerlukan pembelajaran bertahun-tahun dalam menguruskan pesakit gigi. Akibatnya, pengguna tanggunglah sendiri.

Lagi gambar yang menunjukkan kesan buruk pemakaian fake braces yang murah dan tidak diiktiraf:

Memakai Fake Braces

Fake Braces gigi

 

 

Fake Braces
via facebook Bahagian Kesihatan Pergigian KKM

Dan sekarang ini memang page pergigian KKM tersebut sedang memerangi doktor gigi palsu yang banyak berleluasa di facebook dan instagram yang mana menawarkan khidmat pendakap gigi palsu, proses pemutihan gigi dan lain-lain lagi yang mana kosnya jauh lebih murah dari klinik yang diiktiraf namun ianya berbahaya kerana rawatan dilakukan tanpa doktor bertauliah dan mampu mendatangkan kecederaan serius.

Jadi, jaga-jagalah. Jangan sebab nak berjimat, habis rongak gigi akhirnya.

Apa pun kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Janganlah kerana terlalu mengejar kecantikan akhirnya diri merana. Sama-sama beringatlah.

 

Source:
http://fitrihadi.com/2015/02/gambar-kesan-buruk-memakai-fake-braces-yang-agak-ngeri/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s