75% murid hadapi masalah gigi

KUALA LUMPUR 12 Mac – Masalah kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak semakin merisaukan apabila statistik terkini menunjukkan lebih 75 peratus daripada murid sekolah rendah di seluruh negara memerlukan rawatan pergigian.

s-subramaniam1.jpg

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah tersebut terlalu tinggi dan memerlukan perhatian semua pihak terutama ibu bapa untuk menjaga corak pemakanan anak-anak mereka terutama daripada makanan mengandungi kadar gula yang tinggi.

Beliau berkata, jika gagal diben­dung dari awal, masalah gigi tersebut akan berlarutan sehingga kanak-kanak tersebut menjadi dewasa serta menyebabkan mereka terbeban dengan kos rawatan gigi yang tinggi.

“Data ini sangat tinggi dan jelas sekali kita mempunyai cabaran untuk menurunkannya terutama dalam kalangan murid sekolah kerana masalah gigi di peringkat awal akan menyumbang kepada pelbagai lagi pe­nyakit.

Children-Proper-Dental-and-Oral-Care

“Semua ini hanya dapat diatasi melalui langkah pencegahan iaitu bagaimana kita boleh mengelak daripada sakit gigi, justeru langkah pencegahan setiap hari sangat pen­ting,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres dan Pameran Perdagangan Kolej Doktor Gigi Antarabangsa (ICD) Asia Pasifik di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden ICD, Prof. Phillip Dowel dan Pengerusi penganjur yang juga Presiden ICD Asia, Datuk Dr. How Kim Chuan.

Kongres tersebut yang bertemakan Trend Terbaru Dalam Kecemerlangan Pergigian disertai 20 negara membabitkan 600 peserta yang terdiri daripada doktor pakar pergigian, doktor gigi dan pelajar-pelajar dalam bidang pergigian.

Menurut Subramaniam, Kelab Doktor Muda telah diperkenalkan di semua sekolah yang disertai murid berumur antara 10 dan 12 tahun sebagai langkah memberi penerangan kepada mereka mengenai kepentingan menjaga kesihatan gigi.

Sementara itu, Subramaniam berkata, dalam usaha memberikan rawatan pergigian yang terbaik kepada rakyat, kerajaan sedang menambah bilangan doktor gigi kepada nisbah seorang untuk 3,000 pesakit berbanding 5,100 orang ketika ini.

“Kerajaan berharap mencapai nisbah seorang doktor gigi untuk 3,000 pesakit dengan menambah lebih ba­nyak pelajar dalam bidang pergigian sama ada dari dalam atau luar negara,”katanya.

“Ketika ini, sebanyak 600 doktor gigi dilahirkan setahun, namun jumlah itu akan meningkat kepada 1,100 dan 1,200 orang pada tahun akan datang. Sebanyak 300 hingga 700 doktor gigi belajar di dalam negara manakala 400 lagi dari luar,” jelas beliau.


Source:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/75-murid-hadapi-masalah-gigi-1.200009#sthash.WUiKLDcw.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s