[Video] Graduan perubatan dicadang kerja dalam bidang berlainan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan graduan perubatan diberi peluang bekerja dalam bidang lain bagi memastikan kebolehan mereka dimanfaatkan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran, berkata setiap tahun kira-kira 5,000 graduan perubatan menjalani latihan tetapi 20 peratus berhenti atas alasan tekanan kerja dan tidak berminat.

HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SEDUNIA
TIMBALAN Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran pada majlis perasmian Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2016 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bagi membantu masa depan pelajar berkenaan, KKM mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak dua bulan lalu untuk membolehkan siswazah berkenaan bekerja dalam bidang berlainan di kementerian lain. “

Di luar negara seperti India, siswazah yang mempunyai sijil kedoktoran boleh bekerja di kedutaan negara itu atau bahagian perbendaharaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2016 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pada majlis itu juga, Dr Jeyaindran turut merasmikan Program Kembali Bekerja – Kumpulan Sokongan Doktor bagi membantu menangani masalah tekanan di kalangan doktor.

Kumpulan sokongan doktor ini yang ditempatkan di bawah unit Kesihatan dan Pekerjaan (OSH) membantu pegawai perubatan untuk mendapatkan kaunseling serta khidmat nasihat pakar psikiatri.

Program ini yang bertujuan membawa doktor siswazah yang mengalami tekanan kembali bekerja dan menjalankan aktiviti untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan pengurusan.


Source:
http://www.bharian.com.my/node/149946

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s