Juruteknik kini diiktiraf kumpulan profesional

juruteknik news
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad‎ Diah

PORT DICKSON – Juruteknologi dan juruteknik kini diiktiraf sebagai sebahagian kumpulan profesional menerusi Akta Teknologis dan Juruteknik 2015, yang diluluskan Parlimen tahun lalu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad‎ Diah berkata, menerusi akta itu, golongan berkenaan turut memperoleh gelaran sepertimana kumpulan jurutera, arkitek dan juruukur.

Gelaran yang akan diterima kumpulan itu ialah ‘TS’ untuk juruteknologi manakala ‘TC’ untuk juruteknik, katanya.

“Sebenarnya, akta ini sudah lama ditunggu masyarakat juruteknologi kerana sebelum adanya akta ini, mereka yang bekerja dalam bidang teknologi menganggap mereka kategori kelas kedua kerana tidak mempunyai laluan kerjaya.”

“Kalau jurutera profesional dipanggil Ir, juruukur Sr dan arkitek Ar. Bila kelulusan yang tidak dapat pengiktirafan daripada institut jurutera kerana silibus mereka tidak menepati untuk menjadi jurutera, mereka terumbang-ambing, tidak tahu hala tuju.”

“Sebab itu kerajaan prihatin dengan masalah mereka terutama yang keluar daripada universiti-universiti teknikal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Teknologis Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Port Dickson Mejar (K) Mohd Kharir Mohd Ibrahim.

Abu Bakar berkata melalui akta itu, mereka yang menjadi juruteknologi dan juruteknik perlu mendaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), dan perlu melalui saringan dan proses ditetapkan sebelum diberi tauliah sebagai profesional yang melayakkan mereka menggunakan gelaran ‘TS’ dan ‘TC’ di hadapan pangkal nama.

“Di negara-negara maju, juruteknologi menjadi pemangkin kepada ekonomi negara kerana mereka pekerja berkemahiran yang banyak terlibat dalam pembangunan produk, pengujian produk dan mencipta produk baru. Mereka ini teras kepada pembangunan negara.

“Jadi dengan adanya MBOT, kita telah membolehkan tenaga yang pandai dalam bidang teknologi ini menyalurkan kepakaran mereka kepada pembangunan negara dan inilah tujuan akta ini,” katanya.

Beliau berkata, pemberian gelaran ‘TS’ dan ‘TC’ secara tidak langsung membuktikan bahawa negara mengiktiraf kepakaran mereka dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

Abu Bakar berkata, dianggarkan kira-kira 300,000 juruteknologi dan juruteknik yang telah berjaya dilahirkan oleh universiti teknikal tempatan.

“2015 adalah tahun sangat membanggakan kerana satu kumpulan profesional baru diwujudkan di Malaysia dan mengiktiraf peranan mereka. Ia sangat dialu-alukan kepada kakitangan teknikal,” katanya.

Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 adalah suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia dan bagi pendaftaran dan pengiktirafan kepada Juruteknologi Profesional dan Juruteknik Bertauliah dalam memberi perkhidmatan teknologi dan perkhidmatan teknikal serta perkara berkaitan.

Akta itu membolehkan MBOT, antara lain mengiktiraf Juruteknologi Profesional dan Juruteknik Bertauliah sebagai profesional di samping menyediakan kemudahan bagi menggalakkan pendidikan dan latihan dalam bidang berkenaan.

 


Source:
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/juruteknik-kini-diiktiraf-kumpulan-profesional-1.523032

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s