Padah curi 14 kotak ubat gigi

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri 14 kotak ubat gigi di sebuah pasar raya, seorang penganggur dihukum penjara tiga hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Shahrul Izwandy Mazlan, 22, selepas dia mengaku bersalah mencuri ubat gigi yang kesemuanya bernilai RM161 milik Kedai Sam’s Groceria, di sini pada 7.45 petang, Ahad lepas.

ubat gigi

Mahkamah memerintahkan Shahrul menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 29 Mei lepas dan jika gagal membayar denda dia akan penjara 10 hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kali kedua atau lebih boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Peguam Zulkifli Awang yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana esok adalah hari pertama anak guamnya yang berasal daripada keluarga yang susah akan bekerja sebagai promoter.


Source:
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/padah-curi-14-kotak-ubat-gigi-1.527532

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s