Gundah tunggu bedah

Kuala Lumpur: “Ibu mana yang tidak risau apabila anak bakal menjalani pembedahan yang kali pertama dilakukan di Malaysia. Banyak sebenarnya yang bermain di fikiran saya dan suami. Jika boleh kami tidak mahu terlalu tergesa-gesa sebaliknya persediaan rapi perlu dilakukan sebelum Nurdayana dibedah,” kata ibu kanak-kanak istimewa yang dilahirkan tanpa hidung, Lina Awang.

pembedahan.jpg

Anaknya yang berusia empat tahun itu dijangka menjalani pembedahan pertamanya menggunakan teknik ‘Distraction Osteogenesis’ atau regangan osteogenesis di bahagian rahangnya, pada Ogos depan, namun tarikh sebenar pembedahan itu belum ditentukan.

Pembedahan itu akan dilakukan pasukan craniofasial yang disertai 10 doktor pakar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), diketuai Dekan dan Perunding Kanan Pembedahan Mulut dan Maksilofasial Prof Datuk Dr Zainal Ariff Abdul Rahman.

Namun, Lina berharap persiapan rapi dapat dilakukan terlebih dulu sebelum anaknya menjalani pembedahan terbabit memandangkan terdapat kemungkinan pendarahan yang akan berlaku selepas pembedahan.

Katanya, dia dan suami, Mohd Zaini Sulaiman, 47, tidak mahu terburu-buru memandangkan pembedahan anaknya itu boleh ditangguhkan sehingga semuanya bersedia, termasuk juga dari aspek sumber kewangan bagi menanggung kos keseluruhan pembedahan.

“Kami sebenarnya tidak kisah jika pembedahan ditangguhkan kerana ini adalah kali pertama ia dilakukan. Sudah tentu memerlukan persediaan rapi sama ada daripada soal perubatan dan kewangan untuk menanggung kos.

“Tidak apa jika ia tidak dilakukan segera kerana apa yang penting ialah persediaan yang dilakukan itu mencukupi. Apa yang merisaukan kami ialah jika anak mengalami pendarahan selepas pembedahan dan sudah tentu ia perlu dirujuk segera kepada hospital terdekat di rumah kami di Johor Bharu. Agak sukar dibayangkan jika Nurdayana terpaksa dibawa ke PPUM memandangkan ia terlalu jauh.

“Jadi, saya banyak juga memikirkan soal itu supaya ada persediaan dan hospital di sini juga boleh merawatnya jika ada sebarang komplikasi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Nurdayana kali pertama dibawa bertemu pakar di PPUM pada November tahun lalu dan pertemuan itu diaturkan menerusi We Love Charity serta seorang pembaca akhbar Harian Metro, Azah Hassan, 47, yang kebetulan mengenali doktor pakar berkenaan.

Mengenai sambutan Hari Raya, Lina berkata, dia dan keluarga hanya menyambutnya secara sederhana dengan menziarahi saudara mara terdekat.

Katanya, walaupun Nurdayana anak istimewa, namun kegembiraan yang ditunjukkan sempena sambutan 1 Syawal tidak ada beza dengan kanak-kanak normal yang lain.

“Nurdayana tetap aktif dan bergerak cergas seperti biasa. Cuma saya perlu berhati-hati menjaganya memandangkan dia agak sensitif dengan asap mercun yang sentiasa ada pada musim perayaan ini.

“Kami cuma berdoa kepada Allah SWT supaya semua urusan dipermudahkan supaya Nurdayana akan terus diberi kesihatan yang baik terutama dalam menjalani pembedahan pertamanya,” katanya.


Source:
http://www.hmetro.com.my/node/150616

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s