[Video] X-Dent Box perangkap habuk aplian pergigian

Bagi melindungi pesakit yang menjalani proses pemangkasan aplian pergigian, pensyarah dan kakitangan dari Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta satu inovasi kotak perangkap habuk yang diberi nama X-Dent Box.

Kotak ini merupakan hasil idea yang direka bentuk oleh Muhamad Amin Azahari dan dihasilkan bersama rakannya yang lain iaitu Dr Tjut Mardiny Boerhan Ali, Norzeimi Amir, Roseda Abd Rahman, Afif Ahmad Pahmin, Muhd Izainezazmi Azis, Siti Jamiyah Mahktar dan Suhan Tamyis yang diketuai Dr Nusima Mohamed.

Ketua Penyelidik, Dr Nusima berkata, kotak ini dicipta disebabkan masalah kesihatan yang sering dialami juruteknologi pergigian.

“Hasil daripada kajian dilakukan dengan mengukur tahap pencemaran indeks udara di dalam makmal untuk mengesan punca masalah kesihatan mereka, didapati tahap pencemaran udara adalah tinggi.

“Kajian mendapati indeks tinggi ini disebabkan sebaran habuk terhasil semasa proses pemangkasan aplian pergigian yang terapung di udara makmal selama berjam-jam.

“Habuk ini menyebabkan masalah kesihatan mudah berlaku terutama melibatkan batuk, asma dan iritasi mata. Malah kesan jangka panjang daripada kajian-kajian dari luar negara membuktikan habuk tersebut boleh menyebabkan penyakit kanser terdedah dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun,” katanya.

Jelasnya, walaupun X-Dent Box boleh didapati di pasaran luar negara tetapi X-Dent Box ciptaan mereka mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia murah, ringan, mempunyai ruang kerja jelas dan sesuai dengan cara kerja juruteknologi pergigian.

“Ia juga boleh dilipat sekali gus menjimatkan ruang penyimpanan kotak dan mudah dibawa. Berbanding dengan kotak di pasaran yang jauh lebih mahal (RM2,000 ke atas), berat dan tidak boleh dilipat yang memerlukan ruang penyimpanan yang besar.

“Ciri kelebihan X-Dent Box yang lain adalah mempunyai tempat khas untuk meletakkan bur di dalam box, mudah dibersihkan dan mempunyai lampu yang membantu menjelaskan lagi kawasan kerja pemangkasan aplian pergigian,” katanya.

Turunkan pencemaran dalam makmal

Menurut Dr Nusima, hasil daripada kajian dijalankan membuktikan kotak ini berjaya menurunkan 64 peratus pencemaran habuk di dalam makmal dan mengurangkan masalah kesihatan dalam kalangan juruteknologi pergigian.

“Ia juga memudahkan hasil kerja kerana habuk yang terhasil semasa proses pemangkasan terus disedut oleh vakum yang disambung di bawah kotak ke meja kerja juruteknologi dan ini memudahkan proses pembersihan sekali gus membantu habuk yang terapung di udara juga dikurangkan,” katanya.

Dr Nusima menjelaskan X-Dent Box didaftarkan untuk harta intelek universiti dengan Malaysia Registered Design dan mencapai pelbagai kejayaan inovasi iaitu pingat gangsa di i-INOVA 2015, pingat perak di international invention & innovation exhibition (ITEX 2016) dan penarafan emas di pertandingan konvensyen kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) peringkat IPTA 2016 di bawah kategori teknikal.

X-Dent box bukan sahaja sesuai digunakan oleh juruteknologi dan pelajar pergigian malah kepada tukang emas.

Mereka berhasrat untuk memasarkan X-Dent ke kumpulan sasaran di kementerian kesihatan (KKM) dan universiti awam (UA) dan swasta serta kumpulan sasaran persendirian.

Dr Nusima berharap, X-Dent Box dapat membantu juruteknologi dan pelajar pergigian mengatasi masalah kesan jangka panjang akibat habuk berbahaya dari proses pemangkasan aplian pergigian setelah ia berjaya dipasarkan.


Source:
http://www.sinarharian.com.my/kampus/x-dent-box-perangkap-habuk-aplian-pergigian-1.567216

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s