Susu ibu tiada tandingan

Hakikat yang tidak akan dapat disangkal mengenai kebaikan susu ibu yang pastinya adalah keperluan terbaik kepada setiap bayi sejak dilahirkan sehingga menjangkau usia dua tahun.

Kelahiran seorang bayi sehingga menjangkau usia dua tahun ternyata satu tempoh yang kritikal bagi menggalakkan pertumbuhan optimum, kesihatan terbaik dan perkembangan tingkah laku.

bayi-susu-ibu

Ia puncak usia apabila tumbesaran yang terbantut, kekurangan nutrien dan penyakit lazim seperti cirit-birit mudah berlaku.

Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak di Malaysia, semua bayi perlu disusukan dengan susu ibu saja bermula detik kelahiran sehingga berusia enam bulan.

Makanan pelengkap perlu diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun.

Penyusuan susu ibu yang diberikan kepada bayi bukan saja memberi kesan positif kepada bayi itu sendiri malah turut mendatangkan kebaikan besar kepada ibu terbabit.

Menurut pakar perunding laktasi bertauliah Dr Nurhaya Yacob, susu ibu mengandungi zat makanan lengkap yang menjadikannya makanan terbaik yang tiada tandingan kepada bayi.

Menurutnya, ia turut berfungsi bagi melindungi bayi daripada jangkitan melalui antibodi yang disalurkan daripada susu ibu.

“Susu ibu mengurangkan risiko alahan kepada bayi selain mengelakkan masalah cirit-birit. Pada masa sama, pemberian susu ibu amat baik untuk perkembangan intelek yang tinggi kepada bayi.

“Kajian juga membuktikan susu ibu mampu mengurangkan masalah berkaitan pergigian dan ortodontik (pemberian susu formula menggunakan puting), gangguan pertumbuhan rongga mulut kerana susu formula mengandungi gula yang boleh merosakkan gigi,” katanya.

Menurut Dr Nurhaya, pemberian susu ibu juga amat mudah dihadam, mengurangkan risiko obesiti serta mempunyai suhu yang sesuai dan mudah diminum.

Manfaat untuk si ibu

Selain memberi kebaikan dan manfaat kepada bayi, pemberian susu ibu turut memberikan kebaikan kepada si ibu daripada pelbagai aspek khususnya kepada kesihatan.

Dr Nurhaya berkata, antara kebaikannya dari segi mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

“Dari segi kesihatan, penyusuan susu ibu dapat membantu mengecutkan rahim, mengelakkan pendarahan selepas bersalin selain mengurangkan risiko kanser payudara atau ovari.

“Pada masa sama, ia turut membantu menjarakkan kehamilan serta mengurangkan berat badan (perlu melakukan senaman),” ujarnya.

Menurut Dr Nurhaya, pemberian susu ibu sesuatu yang mudah terutama ketika keluar berjalan kerana tidak perlu membawa bekalan susu formula.

“Dari segi pembelanjaan juga ia amat menjimatkan dengan memiliki pelbagai khasiat yang tidak ternilai kepada bayi juga untuk si ibu. Ternyata pelbagai manfaat diperoleh daripada proses penyusuan susu ibu khusus kepada si anak juga si ibu,” katanya.


Source:
http://www.hmetro.com.my/node/171530

Advertisements

One Comment Add yours

  1. saya selaku Mumy breastfeeding baby merasa gembira berupaya memberi cukup nutrisi untuk bayi saya sehingga sekarang.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s